Misteri: Segitiga Bermuda Masih Misteri Selepas 500 Tahun

Posted: 21 Mei 2008 in Science & Mistery

KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri.

Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.

Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.

Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.

Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu.

Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!

Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.

Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.

Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.

Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.

Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.

Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.

Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.

Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes – ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.

Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.

Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.

Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.

Iklan
Komentar
  1. t4rum4 berkata:

    Pertamax kah?

    Segitiga bmuda. Siapa takut? :p. D deket rumah saya ada kubus bedua. Hahaha.

    *dtendang*
    OOT lage neh. Harap maklum.

  2. prasetyowidi berkata:

    ha3x…. thanks y….

    Yap…bener banget…gue emank baru ngeblog y 2 bulanan ini lah, gara2 dosen gue nyuruh yang macem2….termasuk ini blog, eh ternyata aku JATUH CINTA ama blog….

  3. umi x duta berkata:

    sjak menikah aq Qok jd percaya ma hal2 mistic apalagi about the bermuda triangle story….syerem bgt sich….

  4. anak gaul berkata:

    gak ada tuh yang namanya pangkalan alien yang ada di segitiga bermuda.
    di dpn sekolahan gue ada pangkalan ojek yang bayarnya bisa nyicil.
    wkwkwkwkwk……..
    – ilovenyicil-

  5. fahri berkata:

    bagus juga pemaparannya.. lebih excelent mungkin apabila di+ dengan gambar yang real.. kalau bisa kirim filenya ke email sy ya.. trims…

  6. p3te berkata:

    segitiga bermuda serem!!!!!!!!!!!!!!!

  7. ilm berkata:

    ada sih yng blang tu markasnya jin

    • prasetyowidi berkata:

      katanya sich gitu…terus katanya, dajjal buat laboratorium berbentuk kubus dengan sekat air…sehingga seperti air…y g bisa di deskripsikan, coz itu penglihatan jin juga…..teknologi mereka(dajjal dkk) lebih maju 100 tahun daripada kita….

  8. hayate berkata:

    coba AS membuat kapal dari kayu apakah bisa terhisap di segitiga bermuda? penelitian nya menggunakan kapal kayu, coba bisa ngga?

  9. lilis berkata:

    tau dech….!
    ada segi tiga bertua gak..?

  10. lkmd sobayan berkata:

    wow….sip banget artikelnya…

  11. RISYA berkata:

    ingati kekuasaan allah.betapa keras dan misterinye segitiga bermuda,,INGAT!!!Di mana asal-usul kita..Siapa pencipta kita..Hidup kita bukan di takdirkan oleh sesiapa,tetapi ingatlah bahawa HIDUP KITA DITENTUKAN OLEH ALLAH.Berdoalah kita seluruh umat islam kepada ALLAH agar dijauhkan daripada hasutan DAJJAL,JIN dan IBLIS,,,AMINNNNNNNN..YA ROBBAL ALAMIN

  12. Pelet Ampuh berkata:

    Setuju jika Triangle Bermuda ditetapkan sebagai salah satu kawasan angker di dunia…
    Lebih hebat mana dengan ‘si manis jembatan ancol..?’
    He..he..he

  13. Dedek berkata:

    segiga bermuda tuch tmpat kluar a dajjal pd hari akhir
    sblum dajjal yg paling kuat muncul…….terlebih dahulu ada 30 dajjal kecil yg akan muncul di bumi……
    itu mnandakan prtanda hari akhir sudah mulai dekat…..

  14. rassel berkata:

    yang jelas aku masih penasaran dengan segitiga bermuda itu

  15. ariel aja berkata:

    hala ntr aq cba kunjungi segitiga bermuda,mcm btul aj,gk ngrtilah lah am yg kyk gtu.yg jlas kta ne manusia kedudukan ny lbih tinggi dri makhluk2 ciptaan tuhan laenny,jd npa hrus ngurusin yg kyk gtuaan cpek trus2n ngurusin segitiga bermuda,udah ente2 skalian lbih baek bnyk2 aje beramal biar mati ny dterima!.

  16. rony berkata:

    takut itu sama ALLAH,bukan sama segitiga bermuda

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s